Cadangan Ahli BAKERP

Berikut adalah cadangan ahli BAKERP untuk aktiviti, jana pendapatan dan penambah baikkan BAKERP. Cadangan ini adalah melalui borang maklum balas yang diisi dan diterima. Terima kasih kepada ahli yang memberi maklum balas tersebut.



1.0 CADANGAN PENDAPATAN

Ahli : 1.1) Kedai makan – raman, wan norasmizan
Tindakan jawatankuasa : Tiada lokasi yang bersesuaian. Tempat di PPANPs adalah terhad. Perlukan peruntukan yang banyak untuk adakan premis ruang niaga dan peruntukan untuk membayar gaji pekerja yang menjaga kiosk. 

Ahli : 1.2) Kios makanan & minuman sempena sebarang program – shafini, Zawati
Tindakan jawatankuasa : Setiap program perpustakaan yang dijalankan mempunyai kekangan kakitangan. Walau bagaimanapun, cadangan ini akan dipertimbangkan sekiranya tiada masalah kekangan kakitangan dan sambutan yang diterima setiap program adalah menggalakkan (ada permintaan menggalakkan dari orang ramai yang hadiri program). 

Ahli : 1.3) Bisnes online – husni zaim
Tindakan jawatankuasa : Telah dijalankan. Facebook page : Produk Perlis 
Layari : https://www.facebook.com/Produk-Perlis-1643369725987714/shop/?rt=19
 ataupun sila klik Produk Perlis 

Ahli : 1.4) Gerai khas jual barangan BAKERP – Hafiz
Tindakan jawatankuasa : Tiada lokasi yang bersesuaian. Tempat di PPANPs adalah terhad. Perlukan peruntukan yang banyak untuk adakan premis ruang niaga dan peruntukan untuk membayar gaji pekerja yang menjaga kiosk. Perlukan modal untuk dilaburkan dalam menghasilkan barangan BAKERP.

Ahli :  1.5) Seminar keusahawanan – Faizol
Tindakan jawatankuasa : Akan dipertimbangkan. Terdapat banyak program seminar keusahawanan oleh Pejabat Belia dan sebagainya. 

Ahli :  1.6) Kafeteria perpustakaan – Yusnita, hasniza., Norlaila
Tindakan jawatankuasa : Tiada lokasi yang bersesuaian. Tempat di PPANPs adalah terhad. Perlukan peruntukan yang banyak untuk adakan premis ruang niaga dan peruntukan untuk membayar gaji pekerja yang menjaga kiosk/kage. 

Ahli :  1.7) Mesin air minuman – hasniza, Norwani
Tindakan jawatankuasa : Mesin peruncitan air telah dijalankan di Perpustakaan Awam Kangar Perlis. Sebanyak 2 mesin ditempatkan. Lain-lain tempat cawangan dalam pertimbangan.

Ahli :  1.8 ) Hadiah untuk aktiviti perpustakaan  BAKERP yang uruskan seperti hamper – Norazliza
Tindakan jawatankuasa : Tidak dibenarkan oleh pihak Audit.

Ahli : 1.9) Mohon dana dari ROS – Rashid
Tindakan jawatankuasa : Geran bantuan hanya untuk persatuan penduduk C sahaja.

Ahli :  1.10) Kiosk makanan @ barangan, Asmah,Roslan – Noor Hayati
Tindakan jawatankuasa : Tiada lokasi yang bersesuaian. Tempat di PPANPs adalah terhad. Perlukan peruntukan yang banyak untuk adakan premis ruang niaga dan peruntukan untuk membayar gaji pekerja yang menjaga kiosk. 

Ahli :  1.11) Ceramah berbayar – Hayati, Tarmizi
Tindakan jawatankuasa : Telah diadakan pada Karnival Buku 2016.

Ahli : 1.12)  Seminar, bengkel ceramah, BTMP bukan sahaja di waktu karnival – Salsabil
Tindakan jawatankuasa : Tidak mendapat sokongan oleh JPN. Bengkel ceramah seminar anjuran jabatan. 

Ahli : 1.13) Gerai jualan kuih raya – Azuwin
Tindakan jawatankuasa : Jualan diadakan secara online menerusi Facebook page : Produk Perlis. . Layari : https://www.facebook.com/Produk-Perlis-1643369725987714/shop/?rt=19
ataupun sila klik Produk Perlis 

Ahli : 1.4) Jualan kecil-kecilan – barang jualan drpd kktgn, Analiza, Tarmizi
Tindakan jawatankuasa : Jualan diadakan secara online menerusi Facebook page : Produk Perlis. . Layari : https://www.facebook.com/Produk-Perlis-1643369725987714/shop/?rt=19
ataupun sila klik Produk Perlis 

Ahli : 1.15) Jualan buku-buku terpakai – Zatur, Rosfarah, Norhafizah, Analiza
Tindakan jawatankuasa : Luar bidang kuasa BAKERP. Majalah terpakai adalah aset perpustakaan.

Ahli : 1.16) Bazar Ramadhan – Rosfarah
Tindakan jawatankuasa : Ahli Bakerp mempunyai kekangan masa. Masa yang diperuntukkan untuk tugas rasmi di perpustakaan adalah untuk kerja 8.00/9.00 pagi - 5.00/6.00 petang dan selebihnya masa untuk keluarga dan santai. Walau bagaimanapun, BAKERP mengalu-alukan kakitangan yang me'volunteerkan' diri terlibat dalam aktiviti ini. 

Ahli : 1.17) Jualan Hari Terbuka BAKERP menggunakan sistem Kupon
Tindakan jawatankuasa : Akan dipertimbangkan.

Ahli : 1.18) Bengkel Teknik Menjawab Peperiksaan diadakan secara berkala – Shafri
Tindakan jawatankuasa : Tidak mendapat sokongan oleh JPN. Masalah timbul apabila terdapat percanggahan teknik bila dijalankan berdekatan waktu peperiksaan.

Ahli : 1.19) Menjadi penjamin kepada ahli-ahli yang terpilih untuk membuat belian barangan sukan di kedai terpilih dengan kadar 10% dari harga belian dimasukkan ke akaun BAKERP.
Tindakan jawatankuasa : Belum dimuktamadkan.

Ahli : 1.20) Tuisyen kepada pelajar-pelajar – Roslan, Rusli
Tindakan jawatankuasa : Belum dimuktamadkan.

Ahli :  1.21) Program, aktiviti, kursus untuk pengguna perpustakaan – Zulazli, Tarmizi
Tindakan jawatankuasa : Program dan aktiviti sering diadakan setiap tahun oleh pihak jabatan.

Ahli : 1.23) Bengkel kemahiran – tarmizi
Tindakan jawatankuasa : Dalam pertimbangan. Walau bagaimanapun, Program, aktiviti, bengkel sering diadakan setiap tahun oleh pihak jabatan.

Ahli : 1.24) Koperasi - Tarmizi
Tindakan jawatankuasa :

I)  Penubuhan koperasi telah diusulkan pada Mesyuarat Agung BAKERP kali ke 14. Berikut adalah petikan dari mesyuarat Agung Kali ke 14 bertarikh 16 Februari 2016 :

"Mencadangkan BAKERP menubuhkan KOPERASI yang akan 
dinaungkan oleh BAKERP. Dengan tertubuhnya KOPERASI, BAKERP akan dapat berniaga dan memperolehi keuntungan dan melalui keuntungan tersebut bolehlah membayar dividen atau bonus kepada ahli". Cadangan oleh En. Mohd Tarmizi Wahab.

"Mesyuarat mengambil maklum akan hal tersebut. En. Mohd Tarmizi Wahab turut menawarkan diri untuk membantu dalam menubuhkan KOPERASI sekiranya diperlukan dengan lantikan jawatankuasa Penaja terlebih dahulu".

II) Pada 5 Disember 2016, taklimat mengenai koperasi telah dijalankan  dan Mesyuarat Agung Pemula turut diadakan pada tarikh tersebut.


Ahli : 1.25) Jualan Keychain, Pen berlogo BAKERP - Hajar
Tindakan jawatankuasa : 


2.0 CADANGAN AKTIVITI


Ahli : 2.1) Aktiviti ilmu pada anak-anak kakitangan – raman

Tindakan jawatankuasa : Telah diadakan dai semasa ke semasa antaranya Program Syoknya ke Perpustakaan 2015 memberi penekanan pada agama seperti jom Solat dan sebagainya. Program Syoknya ke Perpustakaan 2016 juga mempunyai pengisian yang menarik seperti bengkel anak soleh kreatif, aktiviti bercerita, pengacara majlis, cef cilik, bengkel komputer dan sebagainya.


Ahli : 2.2)Adakan produk BAKERP spt roti, cenderahati, jersey @ t shirt – husni zaim

Tindakan jawatankuasa :  Produk kakitangan telah dimasukkan ke dalam facebook page. Produk Perlis. . Layari : https://www.facebook.com/Produk-Perlis-1643369725987714/shop/?rt=19
ataupun sila klik Produk Perlis 



Ahli : 2.3)Riadah setiap 3 bulan & memberi hadiah lebih baik & berkualiti secara adil untuk semua ahli yang ditakdirkan kurang aktif dalam sukan – majid

Tindakan jawatankuasa : Mempunyai kekangan kewangan. Walau bagaimanapun, BAKERP telah berusaha menjalankan aktivti yang bukan melibatkan sukan seperti Hari Keluarga, Pertandingan masakan, cabutan bertuah. 



Ahli : 2.4)Riadah, sukan, indoor game –hafiz, Norliza, Irwani, Sarina

Tindakan jawatankuasa : BAKERP telah menjalankan aktiviti sukan setiap tahun, riadah dan indoor game. Walau bagaimanapun, aktiviti yang dijalankan adalah tertakluk pada kewangan BAKERP.

Ahli : 2.5)Hari Keluarga – Baizura, Norliza, Irwani, Sarina, , Siti Kalsum, Zawati, Roslan, Norisah, Fazliyana
Tindakan jawatankuasa : Diadakan dari masa ke semasa seperti Hari Keluarga di Timah Tasoh, Hari Keluarga di Gua Kelam 2015 dan 2017.

Ahli : 2.6)Ceramah – Baizura, Farah
Tindakan jawatankuasa : Ceramah akan diadakan sebanyak 4 kali setahun.

Ahli : 2.7)Lawatan – Baizura, Norliza, Afifah, Rahimah, Siti Kalsum, Zawati, Norzaidi, Fazliyana,Khairunnisa
Tindakan jawatankuasa : Tidak mendapat sambutan seperti lawatan ke Bandung, Indonesia. Lain-lain tempat lawatan akan dicadangkan.

Ahli : 2.8)Memanah, Tarik tali dan basikal lambat – mohd syah
Tindakan jawatankuasa : Dalam pertimbangan. Aktiviti tarik tali pernah dijalankan dan amat berisiko terhadap keselamatan kesihatan.

Ahli : 2.9)Lawatan luar negara – krabi – Rashid, Nor Analiza, melor
Tindakan jawatankuasa : Dalam pertimbangan.

Ahli : 2.10)Teruskan aktiviti Karnival Buku – Hayati
Tindakan jawatankuasa : Karnival Buku Perlis dijalankan saban tahun. Alhamdulillah..

Ahli : 2.11)Adakan bengkel, kursus & xtvt menyeronokkan utk hilangkan stress – Salsabil
Tindakan jawatankuasa : BAKERP dan perpustakaan sering kali adakan kursus, bengkel dan aktiviti saban tahun. Tertakluk pada peruntukan. 

Ahli : 2.12)Kem motivasi utk staf dan anak – Zatur, Norhafizah
Tindakan jawatankuasa : Akan dipertimbangkan dan tertakluk pada peruntukan.

Ahli : 2.13)Senamrobik / erobik – Zatur
Tindakan jawatankuasa : Akan dipertimbangkan dan tertakluk pada peruntukan, kekangan masa.

Ahli : 2.14)Hari Terbuka perpustakaan kerjasama dengan kesihatan, penerangan dll - Rosfarah
Tindakan jawatankuasa : Jabatan telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan (sempena Aidilfitri). Program Karnival Buku Perlis diadakan saban tahun melibatkan kerjasama dengan kesihatan, penerangan dan lain-lain.

Ahli : 2.15)Kem Jati diri – Rosfarah
Tindakan jawatankuasa : Pihak jabatan telah melaksanakannya setiap tahun. Tahun 2016 adalah di KEM PERASA, PERAK. Tahun 2015 dan sebelumnya di Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. Tindakan oleh Jabatan. 

Ahli : 2.16)Pertandingan memasak – Norhafizah
Tindakan jawatankuasa : Pertandingan memasak antara kakitangantelah dijalankan pada 2015 sempena Program Syoknya ke Perpustakaan. Terbahagi kepada 2 kategori iaitu Pertandingan Tumbuk Garam Belacan (Lelaki) dan Pertandingan Nasi Lemak berlauk (Wanita). Pertandingan ini akan dijalankan dari masa ke semasa tertakluk pada peruntukan kewangan dan kekangan masa.

Ahli : 2.17)Kursus yang berkaitan pekerjaan - Norwani. Kursus di Pulau Perhentian- Rusli (Norazian)
Tindakan jawatankuasa : Sepanjang tahun 2016, pelbagai kursus dijalankan untuk kakitangan seperti kursus Aset, pengurusan perolehan, pemantanpan kakitangan. Kursus turut diadakan sepanjang tahun untuk kakitangan atas arahan Pengarah. Tindakan oleh Jabatan.

Ahli : 2.18)Kursus bersesuaian & penyertaan dari jabatan luar untuk mendapatkan kewangan – Wan Noor Aishah
Tindakan jawatankuasa : Telah diadakan pada Karnival Buku 2016.

Ahli : 2.19)Gotong royong – Siti Kalsum
Tindakan jawatankuasa : Dalam pertimbangan

Ahli : 2.20)Sebelum diadakan mesyuarat BAKERP, setiap zon terlebih dahulu bermesyuarat utk memberikan usul – Zawati
Tindakan jawatankuasa : Perlu mendapat kelulusan dari Pengarah untuk adakan mesyuarat kerana mesyuarat BAKERP bukannya agenda rasmi jabatan (di luar bidang tugas). Tertakluk pada Zon.

Ahli : 2.21)Lawatan 3D galeri – Noraza
Tindakan jawatankuasa : Tertakluk pada peruntukan kewangan.

Ahli : 2.22)Lawatan ke Medan Indonesia – Norsyafika
Tindakan jawatankuasa : Tidak mendapat sambutan seperti lawatan ke Bandung, Indonesia. Lain-lain tempat lawatan akan dicadangkan.

Ahli : 2.23)Mengadakan hari kecemerlangan staf 3 bulan sekali – Shafri
Tindakan jawatankuasa : Tindakan Jabatan. Setiap tahun diadakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) oleh PNM dinama kakitangan PPANPs dan PNM terlibat. 

Ahli : 2.24)Melancong ke tempat bersejarah – Ruslan BJ
Tindakan jawatankuasa :

Ahli : 2.25)Mengadakan perlawanan sukan mengikut zon
Tindakan jawatankuasa :

Ahli : 2.26)Lawatan ke Luar Negara – Medan, Vietnam, Indonesia
Tindakan jawatankuasa : Tidak mendapat sambutan seperti lawatan ke Bandung, Indonesia. Lawatan ke Vietnam tidak dapat dijalankan atas faktor keselamatan. Lain-lain tempat lawatan akan dicadangkan.

Ahli : 2.27)Cabutan bertuah TV 14” (En. Rosli)
Tindakan jawatankuasa : Harga yang disarankan RM200.00 tidak terdapat di pasaran melainkan TV lama (tebal). Harga flat TV RM400.00 ke atas. Pihak BAKERP mempunyai kekangan kewangan. 

Ahli : 2.28)Sukan & sukaneka yang boleh disertai oleh ahli lain – Zulazli, Norzaidi, Norisah
Tindakan jawatankuasa :

Ahli : 2.29)Kenduri Rakyat (Norisah)
Tindakan jawatankuasa : Kenduri Rakyat telah dijalankan semasa Program Hari Keluarga di mana setiap keluarga kakitangan berhimpun sambil menjalankan aktiviti dan makan beramai-ramai. 

Ahli : 2.30)Dinner (Norisah)
Tindakan jawatankuasa : Pernah dijalankan. Tertakluk pada peruntukan kewangan.

Ahli : 2.30)Aktiviti aspek wanita
Tindakan jawatankuasa : Dalam pertimbangan.


3.0 CADANGAN PENAMBAH BAIKKAN BAKERP




Ahli : 3.1)Ambil/lantik jurulatih terlatih secara sambilan @ sepenuh masa untuk pasukan sebagai persediaan untuk pertandingan peringkat negeri / sukan antara perpustakaan semalaysia – Faizol



Tindakan jawatankuasa : Belum dimuktamadkan

No comments: